Pages

Labels

agama (1) kaum (1) pakaian (6) perayaan (1)

Thursday 15 November 2012

ETNIK SABAH


Di Sabah terdapat pelbagai suku kaum, iaitu Bajau, Lotud, Irranun, Kadazan, Murut, Rungus, dan lain-lain.Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.


BAJAU



Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan.

  
Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa Belanda. Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan. 







KADAZAN

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot. 







MURUT
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni.

ETNIK SARAWAK






IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.





Pakaian trandisional perempuan Iban terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan BedongBidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.



Wednesday 14 November 2012

MASYARAKAT INDIA



LELAKI

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

PEREMPUAN

Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat.

MASYARAKAT CINA



LELAKI

Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis.Ia dipakai oleh lelaki berketurunan Cina,Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Samfoo turut dipakai oleh perempuan berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh lelaki Cina. 





PEREMPUAN


Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.

MASYARAKAT MELAYU



LELAKI


Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
Fail:Baju melayu.jpg

PEREMPUAN

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habayayang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju Kebaya Songket SS03

Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.

p

Pakaian Tradisional

Negara kita Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket diraja yang antik. 
Negara kita kaya dengan warisan budaya pelbagai kaum. Antara warisan yang menjadi kebangaan kita ialah pakaian yang unik dan istimewa. Seni berpakaian dan perhiasan tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, pakaian tradisional digunakan dalam kehidupan seharian dan waktu keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat pakaian dan perhiasan tradisional yang diubahsuai mengikut perkembangan semasa tanpa mengenepikan nilai sentimentalnya. Adab berpakaian yang kita amalkan bertujuan mengekalkan budaya masyarakat yang berbilang bangsa. Pakaiandan perhiasan tradisional adalah merupakan warisan kebanggaan rakyat Malaysia di mata dunia. 

Gambar ini ialah setem keluaran pada 23 Mac 2009 yang menampilkan
Pakaian Tradisional Pengantin dari sebahagian kaum-kaum utama di Malaysia
Melayu, India, Cina, Orang Ulu dan Bajau.

Tuesday 13 November 2012

Perayaan Di Malaysia

Malaysia merupakan negara beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni. 
Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.
Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita. 



Monday 12 November 2012

Malaysia Truly Asia


Agama

Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini.
 
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.

Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian.

India pula kebanyakannya beragama Hindu.

Bangunan-bangunan agama di Malaysia:
Kek Lok Si

Masjid Putrajaya

St George's Church










Penduduk Malaysia

Penduduk Malaysia

Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan yang hidup dengan aman dan harmoni.Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India

Selain itu terdapat juga golongan bumiputera yang terdiri daripada kaum orang asli, dan pelbagai etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Antara etnik yang ramai bilangannya ialah Iban, Dayak, Kadazan, Bidayuh, Bajau, Murut dan Malanau.

Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%).
Warganegara Malaysia terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.


Taburan peratus penduduk mengikut kumpulan etnik, Malaysia, 2010
(rujukan:BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010 (BANCI 2010),Jabatan Perangkaan Malaysia)