Penduduk Malaysia
Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan yang hidup dengan aman dan harmoni.Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Selain itu terdapat juga golongan bumiputera yang terdiri daripada kaum orang asli, dan pelbagai etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Antara etnik yang ramai bilangannya ialah Iban, Dayak, Kadazan, Bidayuh, Bajau, Murut dan Malanau.
Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%).
Warganegara Malaysia terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.
Taburan peratus penduduk mengikut kumpulan etnik, Malaysia, 2010
(rujukan:BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010 (BANCI 2010),Jabatan Perangkaan Malaysia)
keep it up.
ReplyDeleteteruskan usaha anda..
ReplyDeletei like this!
ReplyDeleteCarta yang digunakan amat sesuai untuk menjelaskan peratusan penduduk di Malaysia.
ReplyDeleteblog yang menarik!
ReplyDeleteNice work!^^
ReplyDelete