Pages

Labels

agama (1) kaum (1) pakaian (6) perayaan (1)

Thursday 15 November 2012

ETNIK SABAH


Di Sabah terdapat pelbagai suku kaum, iaitu Bajau, Lotud, Irranun, Kadazan, Murut, Rungus, dan lain-lain.Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.


BAJAU



Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan.

  
Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa Belanda. Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan. 







KADAZAN

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot. 







MURUT
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni.

No comments:

Post a Comment